Kenapakah manusia ini ada yang miskin dan yang kaya?

HALAMAN

Wednesday, April 28, 2010

Petua perkahwinan keluarga bahagia.

Bermacam-macam petua yang diturunkan untuk kebahagiaan sesebuah keluarga terutamanya bagi mereka yang baru lagi mendirikan rumahtangga. Di sini saya perturunkan sedikit petua yang boleh menjamin kehidupan yang lebih bahagia disamping memupuk nilai-nilai murni di dalam sesebuah keluarga.Di antara tip-tip yang terbaik yang patut diikuti ialah....

1.Pilihan sendiri

Di dalam dunia yang serba membangun ini manusia sekarang mempunyai pemikiran yang meluas di bidang pembelajaran jadi tidak salah dengan tahap pendidikan yang sebegitu manusia sekarang memilih untuk mencari pasangan sendiri tanpa perlu meminta ibubapa untuk mencarikan jodoh mereka.Pendapat dari sahabat atau orang yang terdekat amat perlu diikuti dan di pelajari jika anda merasakan anda tidak boleh membuat pilihan sebegitu.

2. Masalah keperibadian dan tingkah laku pasangan

Keperibadian seseorang di dalam kehidupan untuk memupuk keluarga yang bahagia perlulah diutamakan kerana tanpa keperibadian yang tinggi tidak akan menjadikan sesebuah keluarga itu bahagia tetapi yang lebih baik yang patut di amalkan ialah sikap saling memahami di antara satu sama lain dan saling bertolak ansur di dalam mengatur sesebuah keluarga yang bahagia. Tingkah laku pasangan juga perlu difahami oleh anda kerana kadangkala pasangan anda ini mudah cemburu,panas baran,tidak jujur dan degil.Jadi, penyelesaiannya ialah pastikan pasangan anda ini sedar akan kelakuannya dan bersumpah untuk merubah perangainya bagi memupuk sesebuah keluarga yang bahagia.

3.Kebolehan menyelesaikan pertelingkahan.

Pertelingkahan sememangnya akan sentiasa wujud kerana sememangnya adat perkahwinan akan ada masam dan pahitnya kerana begitulah lumrah kehidupannya di dunia ini. Kadangkala akan terjadi sesuatu pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan kerana tiada persefahaman dan kesabaran yang membawa kepada rosaknya sesebuah keluarga itu.Di antara tip yang terbaik yang patut anda lakukan ialah teguran yang bernas seperti menegur pasangan anda akan sikap buruknya itu kerana teguran itulah yang akan menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga bahagia.

4.Bayangan orang yang anda ingin kahwini.

Anda haruslah sedar bahawa untuk menjamin sesebuah keluarga yang bahagia ialah pemilihan orang yang anda inginkan seperti faktor penampilan,kepintaran,pendidikan dan yang paling penting ialah paras rupa pasangan anda itu kerana itulah yang menjamin kekuatan dan keteguhan sesebuah keluarga itu. Sememangnya ramai orang yang mengatakan bahawa paras rupa tidaklah penting untuk membina sesebuah keluarga yang bahagia tetapi mereka silap kerana sebenarnya paras rupa itulah sebenarnya faktor yang mengukuhkan keharmonian sesebuah keluara bahagia itu.

Begitulah di antara tip-tip yang terbaik yang patut anda ikuti untuk menjamin perkahwinan keluarga yang bahagia. Harapan saya agar ramai teman-teman yang sudi menatap blog saya ini.