Kenapakah manusia ini ada yang miskin dan yang kaya?

HALAMAN

Friday, April 30, 2010

Gunung ledang dan keindahannya.

Beginilah suasananya jika anda mendaki gunung ledang yang sememangnya terkenal di negeri Johor.Jika anda ke sana tentu biasanya anda akan pergi ke Sagil yang terkenal dengan air terjunnya yang sejuk dan nyaman. Saya rasa anda pasti terpikat dengan keindahan alam semulajadi dan serangga-serangga yang terdapat di sana seperti pokok-pokoknya yang jarang didapati di kampung-kampung dan serangganya yang lebih besar saiznya seperti ulat gonggok yang 10 kali ganda lebih besarnya jika dibandingkan dengan ulat gonggok yang terdapat  di kampung-kampung anda serta katak gunung yang saiznya 4 atau 5 kali ganda saiz besarnya dengan katak-katak biasa yang terdapat di kampung-kampung. Cubalah anda fikirkan dan bayangkan tentang serangga-serangga seperti lipan,semut,ikan dan lain-lain kehidupan  yang terdapat di sekitar tempat tersebut dan saya pasti anda akan terpesona dan teruja dengan keindahan yang terdapat di negeri kita ini.Sebenarnya apa yang perlu kita fikirkan ialah pentingnya menjaga alam sekitar kita dari tercemar kerana udara yang bersih dan segar amat perlu untuk menjamin kehidupan kita agar lebih sihat dan terhindar daripada segala penyakit yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar.
Dari kajian sejarah pula jikalau anda mempunyai pemikiran yang meluas tentang kebenaran kisahnya seperti bagaimana sultan Mahmud telah memaksa rakyatnya membina jambatan emas hanya untuk mengahwini seorang puteri yang lebih dikenali sebagai puteri gunung ledang.Apakah benar kisahnya dan jika difikirkan sememangnya kerajaan melayu Melaka bukannya sebarang kerajaan yang miskin tetapi ianya merupakan sebuah kerajaan yang kaya-raya dan disegani oleh semua kuasa-kuasa besar diseluruh dunia.Bagaimana pula dengan jambatan emas yang didirikan pada zaman  itu? Sebagaimana kisah sejarahnya bahawa sultan pada masa itu sememangnya boleh membina jambatan emas itu dan begitulah kekayaan kerajaan negeri Melaka pada masa itu tetapi disebabkan kesanggupan sultan untuk membunuh anaknya sendiri menyebabkan gagalnya untuk ia meneruskan usahanya itu. Agaknya sultan Mahmud telah membatalkan niatnya itu kerana berfikir bahawa membunuh anak sendiri merupakan dosa yang tidak diampuni Allah ataupun mungkin puteri gunung ledang adalah jelmaan jin atau bunian yang boleh mengetahui segala-galanya dan menghentikan perbuatannya dan menolak pelawaan sultan Mahmud untuk meminangnya kerana sikapnya yang sanggup membunuh anaknya dan menyiksa rakyatnya bekerja membina jambatan emas dari asahan ke kota Melaka ataupun itulah caranya puteri gunung ledang hendak mengelak dari menerima lamaran sultan Mahmud kerana cintanya kepada orang lain.Jawapannya ialah segala-galanya adalah dari pemikiran anda sendiri dan pedoman yang kita boleh dapati ialah jangan takbur dan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain, berbuat baik sesama insan tidak kira bangsa dan agama dan cintailah alam sekitar dengan memelihara keindahan alam ini untuk kesejahteraan kita bersama.

5 comments:

MyZsZs NOoR said...

Hi cantik ler gambar tu. Amik sendiri ker.

Amran said...

ohh, sebenarnya gambar itu dihantar oleh kawan saya yang minat mendaki gunung dan saya hanya menulis ceritanya...

kenalinegaraku4u2c said...

Salam sejahtera En Amran.Saya gembira melihat blog En Amran kerana kita mempunyai minat yang sama terutama,`Alam Semulajadi`,Semoga kita sama sama dapat memupuk kesedaran berekreasi dan beriadah kepada semua sambil mengeratkan silaturahim sesama keluarga.

Amran said...

terima kasih buat saudara nizam kerana anda juga berminat untuk sama-sama menjaga keindahan alam semulajadi di negara kita ini di samping memupuk perpaduan diantara sesama manusia.

zackmohd said...

zaman bujang2 dulu mmg pernah ke tempat air terjun gunung ledang ni..yg saya ingat,nak ke tempat air terjun ni kena menapak jauh jugak le ...tapi keindahan nya memang memukau !